Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 7/20
27000 Bekalan Dan Bahan-bahan Lain Objek Sebagai ini merekodkan perbelanjaan semua bekalan dan bahan- bahan selain daripada bekalan bahan- bahan makanan dan minuman, bahan mentah dan bahan-bahan untuk penyelenggaraan dan pembaikan sendiri yang disenaraikan di bawah Objek Sebagai 25000 dan 26000.
28000 Penyelenggaraan Dan Pembaikan Kecil Yang Dibeli Objek Sebagai ini bertujuan merekod semua kos kerja kontrak atau bukan berkontrak yang dibeli untuk menjaga bangunan, kemudahan dan alat -alat kelengkapan supaya berada dalam keadaan baik.
Semua penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang direkodkan di sini mestilah merupakan kerja yang dibuat oleh pihak swasta atau jabatan lain dan bukan jabatan sendiri. Kos yang terlibat adalah termasuk bayaran mencuci, ‘servicing’, alat -alat ganti dan bahan-bahan lain yang dibawa sendiri dan digunakan oleh pihak luar untuk penyelenggaraan aset. Penyelenggaraan dan pembaikan yang dibuat oleh jabatan sendiri hendaklah direkodkan di bawah kod berikut: • Objek Sebagai 10000 atau Objek Lanjut 29300 untuk bayaran-bayaran kepada kakitangan. • Objek Sebagai 26000 – Bekalan bahan-bahan penyelenggaraan dan pembaikan. • Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil bermakna kerja-kerja yang tidak akan menaikkan nilai sesuatu aset tetapi hanya mengekalkan ia dalam keadaan baik.
29000 Perkhidmatan Iktisas Dan Lain-lain Perkhidmatan Yang Dibeli Dan Hospitaliti Objek Sebagai ini merekodkan semua jenis perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak luar tetapi tidak termasuk penyelenggaraan dan pembaikan (yang direkodkan di bawah Objek Sebagai 28000 untuk pembaikan kecil atau Objek Sebagai 30000 untuk pembaikan besar sebagai tambahan kepada aset). Bayaran kepada pekerja- pekerja kontrak, sambilan dan separuh masa yang tidak menyandang jawatan tetap juga direkodkan di bawah Objek Sebagai ini.
Jenis perkhidmatan yang disenaraikan adalah seperti berikut: - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 8/20
29100 Perkhidmatan Yang Dibeli Objek Lanjut ini merekodkan semua jenis perkhidmatan yang dibeli dari pihak luar kecuali perkhidmatan percetakan yang telah diberi kod berasingan.
Kod-kod tambahan selain daripada yang disenaraikan ialah: -
• Objek Lanjut 29131 – Bayaran Pengusiran Warganegara Asing. • Objek Lanjut 29132 – Bayaran kepada Saksi-saksi di Mahkamah yang termasuk bayaran untuk kehilangan pendapatannya.
29200 Perkhidmatan Percetakan Dan Menjilid Yang Dibeli Objek Lanjut ini merekodkan semua kos berkenaan dengan perkhidmatan percetakan, fotografik, fotostatik, filem mikro, menjilid dan sebagainya yang dibuat oleh pihak luar misalnya oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad atau pihak swasta.
Percetakan yang dibuat oleh jabatan sendiri hendaklah direkodkan di bawah Objek Lanjut 27100 untuk bekalan percetakan, Objek Sebagai 24000 untuk sewaan alat mencetak atau Objek Sebagai 35000 untuk pembelian alat mencetak.
29300 Bayaran Kepada Pekerja Kontrak, Sambilan Dan Separuh Masa Yang Tidak Menyandang Jawatan-jawatanTetap Kod ini merekodkan pelbagai jenis bayaran dalam bentuk emolumen seperti gaji dan upah, elaun, sumbangan berkanun dan sebagainya khusus kepada pekerja-pekerja yang menyandang ‘non-established post’ sahaja.
Tuntutan perjalanan dan sebagainya bagi pekerja-pekerja sedemikian hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai 21000 dan 22000.
29400 Keraian, Hospitaliti dan Honorarium Kod ini merekodkan semua perbelanjaan untuk keraian, hospitalliti dan honorarium untuk semua pihak termasuk jabatan sendiri dan pihak luar.
Keraian dan hospitality dalam bentuk pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman dibiayai oleh kerajaan untuk tujuan meraikan dan memberi hospitaliti kepada para jemputan termasuk pakar-pakar dan pegawai-pegawai pihak swasta yang dijemput untuk memberi taklimat, ceramah atau seminar, hendaklah direkodkan di bawah kod ini.
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 9/20
Keraian pejabat adalah termasuk minuman ringan dalam pejabat untuk mesyuarat kakitangan, perbincangan dengan pertubuhan dan agensi kerajaan yang lain.
Honorarium, sagu hati dan hadiah adalah termasuk perbelanjaan untuk memberi ‘token’ untuk pegawai-pegawai yang bersara, kalungan bunga dan juga bayaran sagu hati untuk tetamu dan pensyarah yang dijemput oleh jabatan kerajaan.
30000 ASET
Objek Am ini merekodkan semua perbelanjaan untuk mendapat semua jenis aset termasuk harta modal, pelaburan, binatang untuk tujuan ternakan dan keselamatan, pokok dan benih untuk tujuan tanaman.
Objek Am ini juga merekodkan pebelanjaan pembaikan besar ke atas harta-harta modal. Definisi pembaikan besar adalah sesuatu pindaan, sama ada secara struktural atau tidak serta sesuatu tambahan atau pembaharuan yang dibuat kepada aset yang sedia ada yang menambahkan nilai dan mutunya. Contoh- contoh pembaikan besar ialah ‘extensions and renovations of buildings’ dan ‘overhauling of cars’.
31000 Tanah dan Pembaikan Tanah Objek Sebagai ini bertujuan merekodkan kos mendapatkan tanah termasuk faedah ke atas tanah, kebebasan lalu lintas dan semua kos yang bersangkutan dengan mendapatkan tanah seperti bayaran ukur, bayaran cukai, yuran pendaftaran dan sebagainya.
Juga termasuk ialah kos pembaikan besar ke atas tanah.
32000 Bangunan Dan Pembaikan Bangunan Objek Sebagai ini bertujuan merekodkan kos bangunan, sama ada dibina di bawah kontrak atau dibeli terus, pembaikan besar ke atasnya dan semua kos berkaitan dengan mendapatkan bangunan misalnya bayaran ukur. Perbelanjaan bagi peralatan- peralatan di dalam bangunan berkaitan perkhidmatan bangunan, lekapan bersama sistem, peralatan yang diacuankan dan peralatan yang bers ifat tetap adalah termasuk di dalam kategori Objek Sebagai ini. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 10/20
Sekiranya bangunan itu dibeli bersama- sama dengan tanahnya dan kos untuk bangunan dan tanah tidak dapat diasingkan maka semua kos hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai ini.
Sekiranya sebuah bangunan digunakan untuk beberapa tujuan misalnya pejabat dan kilang maka kos bangunan hendaklah dibahagikan mengikut jenis -jenis kegunaan bangunan berdasarkan seboleh- bolehnya atas kos sebenar untuk tiap - tiap jenis ataupun atas luas tiap-tiap jenis kegunaan.
33000 Kemudahan Dan Pembaikan Kemudahan Objek Sebagai ini bertujuan merekodkan kos kemudahan (selain daripada bangunan) sama ada yang dibina di bawah kontrak atau dibeli terus, kos pembaikan besar, dan kos-kos yang berkaitan termasuk bayaran ukur, pemusnahan dan yuran pendaftaran.
Juga termasuk ialah kos alat kelengkapan untuk kemudahan itu di mana alat kelengkapan itu dipasangkan kepada bangunan atau ia merupakan sebahagian daripada bangunan itu. Misalnya, satu sistem pusat hawa dingin harus dianggap sebagai kos kemudahan dan direkodkan di bawah Objek Sebagai ini. Sebaliknya pembelian unit hawa dingin individu untuk sesebuah bilik tidak boleh didefinisikan sebagai kemudahan dan hendaklah dikodkan di bawah Objek Lanjut 35301.
34000 Kenderaan Dan Jentera Objek Sebagai ini bertujuan merekodkan perbelanjaan untuk mendapatkan kenderaan dan jentera di samping pembaikan besar ke atasnya.
Juga termasuk ialah kos pemasangan dan alat -alat tambahan seperti alat hawa dingin untuk kenderaan dan ‘other accessories’.
35000 Harta Modal-Harta Modal Yang Lain
Objek Sebagai ini bertujuan merekodkan perbelanjaan untuk mendapatkan harta-
harta modal termasuk pembaikan besar ke atasnya. Harta-harta modal ini mestilah
selain daripada tanah, bangunan, kemudahan, kenderaan dan jentera.
Juga termasuk ialah kos pemasangan dan kos alat-alat tambahan untuk harta modal yang berkenaan.
Buku-buku teks dan bahan- bahan penerbitan yang lain untuk rujukan juga telah diberikan kod khusus 35104 yang hendaklah digunakan untuk merekod kos buku- Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 11/20
buku dan bahan-bahan penerbitan yang lain untuk perpustakaan sahaja. Ini adalah berbeza daripada Objek Lanjut 27101 yang bertujuan merekod bekalan majalah - majalah, buku- buku dan bahan- bahan penerbitan yang lain untuk tujuan bacaan kakitangan di pejabat sendiri sahaja.
36000 Binatang, Pokok Dan Benih Objek Sebagai ini merekodkan kos me ndapatkan binatang -binatang, pokok dan benih untuk tujuan disimpan dan dipelihara untuk tujuan jangka masa panjang.
Kos-kos yang termasuk ialah kos mendapatkan binatang -binatang untuk tujuan ternakan seperti lembu, kambing, ayam, itik dan sebagainya dan binatang-binatang untuk tujuan keselamatan seperti anjing Jabatan Kastam, kuda dan sebagainya.
Pokok dan benih yang dibeli untuk tujuan pertanian juga adalah termasuk di bawah Objek Sebagai ini.
Perbelanjaan untuk mendapatkan binatang, pokok dan benih untuk tujuan penyelidikan hendaklah direkodkan di bawah Objek Kumpulan Lanjut 27700 – Bekalan dan Bahan-bahan Penyelidikan.
37000 Pinjaman Objek Sebagai ini merekodkan wang yang dipinjamkan kepada individu, kerajaan negeri, perusahaan, badan-badan berkanun, persatuan-persatuan dan pertubuhan- pertubuhan, kerajaan asing, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan sebagainya.
Objek Lanjut 37101 – Pinjaman kepada Individu tidak termasuk pinjaman perumahan dan pinjaman pendahuluan kepada Kakitangan Awam yang diberi di bawah satu kumpulan wang pusingan.
38000 Pelaburan Objek Sebagai ini merekodkan semua wang yang dilaburkan di dalam perusahaan kewangan dan perusahaan bukan kewangan dan sebagainya sama ada di dalam atau di luar negeri.
39000 Aset Tak Ketara Objek Sebagai ini merekodkan perbelanjaan aset tak ketara seperti harta intelek, pangkalan data, perisian komputer dan lesen. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 12/20
40000 PEMBERIAN DAN KENAAN BAYARAN TETAP
Objek Am ini merekodkan semua perbelanjaan dalam bentuk pemberian atau bantuan, bayaran berkenaan dengan hutang negara, pencen dan ganjaran kakitangan dan tuntutan insurans dan pampasan.
41000 Biasiswa, Dermasiswa Dan Bantuan Pelajaran Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran kepada individu-individu sahaja dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran yang lain.
Objek Sebagai ini hanya boleh digunakan untuk merekod bayaran-bayaran daripada peruntukan di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam. Sila rujuk Lampiran A1.
42000 Pemberian Dalam Negeri Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran dalam bentuk pemberian, bantuan, caruman dan subsidi yang ditujukan untuk mana-mana pihak dalam negeri.
43000 Pemberian Luar Negeri Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran dalam bentuk pemberian, bantuan, caruman dan sebagainya yang ditujukan untuk pihak-pihak luar negeri seperti negara asing dan pertubuhan antarabangsa.
44000 Tuntutan Insurans Dan Pampasan Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran tuntutan dan pampasan sebagai ganti rugi atas kerosakan, kemusnahan atau kehilangan harta benda, atau kecederaan atau kematian orang yang diakibatkan oleh tindakan-tindakan kakitangan perkhidmatan awam.
45000 Faedah, Dividen Dan Kenaan Bayaran Hutang Negara Yang Lain hutang Objek Sebagai ini merekodkan semua bayaran-bayaran berkenaan dengan negara termasuk yang berikut: 45100 Faedah Atas Wang Pinjaman 45200 Kos Pengeluaran Pinjaman 45300 Kos Perkhidmatan Pinjaman 45400 Bayaran Balik Pinjaman 45900 Bayaran-bayaran Lain
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 13/20
46000 Pencen Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran pencen kepada Kakitangan Awam, Pasukan Keselamatan dan Anggota Pentadbiran dan Parlimen atau waris mereka sama ada di dalam atau di luar negeri.
47000 Ganjaran Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran ganjaran kepada Kakitangan Awam, Pasukan Keselamatan, Anggota Pentadbiran dan Parlimen, Pekerja Kontrak dan Orang-orang lain atau waris mereka sama ada di dalam atau di luar negeri.
48000 Gantian Cuti Rehat Objek Sebagai ini merekodkan bayaran gantian cuti rehat kepada Kakitangan Awam, Pasukan Keselamatan, Anggota Pentadbiran dan Parlimen dan Pekerja Kontrak atau waris mereka.
50000 PERBELANJAAN-PERBELANJAAN LAIN
Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran selain daripada emolumen, perkhidmatan dan bekalan, perolehan aset, pemberian dan kenaan bayaran tetap. Bayaran-bayaran yang boleh direkodkan di bawah Objek Sebagai ini ialah:- 51100 Pulangan Balik 51200 Hapus Kira 52100 Yuran 52900 Cukai dan Pelbagai
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 14/20
60000 HASIL CUKAI
Objek Am ini merekodkan semua kutipan hasil berdasarkan Akta-akta Parlimen termasuk cukai yang dikenakan ke atas harta, pendapatan, jualan, impot, ekspot dan sebagainya.
61000 Cukai Langsung Objek Sebagai ini merekodkan semua cukai atau duti yang dipungut secara langsung daripada orang yang dikenakan cukai atau duti itu.
Kutipan di bawah Objek Sebagai ini termasuk pelbagai cukai pendapatan dan cukai langsung yang lain seperti duti setem, cukai pemindahan syer dan sebagainya.
62000 Cukai Tidak Langsung Objek Sebagai ini merekodkan semua cukai atau duti yang dikutip/pungut daripada pihak lain dan bukan mereka yang dikenakan cukai atau duti itu.
Pungutan cukai atau duti di bawah Objek Sebagai ini termasuk yang berikut:-
62100 Duti Kastam – Ekspot Merekodkan pungutan duti-duti yang dikenakan atas pelbagai jenis barang- barang yang diekspot.
62200 Duti Kastam – Impot Merekodkan pungutan duti-duti yang dikenakan atas pelbagai jenis barang- barang yang diimpot termasuk cukai tokok dan duti-duti yang dipungut dari penumpang-penumpang yang membawa barang-barang masuk ke dalam Malaysia.
62300 Duti Eksais Merekodkan pungutan duti-duti yang dikenakan ke atas pelbagai barang- barang yang dikilangkan.
62400 Cukai Jualan Atas Barang-barang Perkilangan Dalam Negeri Merekodkan pungutan cukai-cukai yang dikenakan atas jualan barang-barang perkilangan dalam negeri.
62500 Cukai Jualan Ke Atas Impot Merekodkan pungutan cukai yang dikenakan atas jualan barang-barang yang diimpot.
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 15/20
62600 Cukai Perkhidmatan Merekodkan pungutan cukai yang dikenakan ke atas jualan perkhidmatan.
62700 Levi Merekodkan Pungutan Levi.
62800 Duti Eksais Terhadap Barangan Import Merekod Pungutan duti-duti eksais yang dikenakan atas barangan import.
62900 Pelbagai Cukai Tidak Langsung Merekodkan pungutan cukai tidak langsung selain daripada Objek-objek Kumpulan Lanjut yang disenaraikan di atas.
70000 HASIL BUKAN CUKAI
Objek Am ini merekodkan terimaan hasil-hasil bukan cukai.
71000 Lesen, Bayaran Pendaftaran Dan Permit Objek Sebagai ini merekodkan semua terimaan berkenaan dengan lesen-lesen, pendaftaran dan permit-permit pelbagai. 71211 Bayaran bagi Lesen Radio Komunikasi. 71212 Bayaran bagi Lesen Telekom. 71213 Bayaran bagi Lesen Syarikat Telekom Malaysia. 71901 Bayaran-bayaran Memeriksa Jentera tidak termasuk terimaan seumpama daripada agensi-agensi kerajaan yang hendaklah direkodkan di bawah Objek Lanjut 82101.
Tiada kod khusus diberi untuk terimaan bagi lesen kasino dan semua terimaan sedemikian hendaklah direkod di bawah Objek Lanjut 71999.
72000 Perkhidmatan Dan Bayaran Perkhidmatan Objek Sebagai ini merekodkan semua terimaan berkenaan dengan perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan, termasuk perkhidmatan iktisas, pengiklanan, utiliti dan sebagainya. 72102 Pengukuran Tanah dan Lombong (tidak termasuk terimaan seumpama daripada agensi-agensi kerajaan yang hendaklah direkod di bawah Objek Lanjut 82103.) 72430 Bayaran Perkhidmatan Telekomunikasi.