penjenisan_kod.pdf

Type: Document | Status: ready

PS 1.1

KERAJAAN MALAYSIA

Penjenisan Kod Bagi Hasil Dan Perbelanjaan

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 M.S. 1/4

KANDUNGAN PERAKAUNAN ..................................................................................................... 2 PS 1.1 Penjenisan Kod Bagi Hasil Dan Perbelanjaan .................................... 2

  1. Tujuan ...................................................................................................... 2
  2. Latar Belakang ........................................................................................ 2
  3. Panduan Penggunaan Penjenisan Kod Hasil Dan Perbelanjaan ........ 2
  4. Jadual Penjenisan Kod Hasil Dan Perbelanjaan .................................. 3 LAMPIRAN ......................................................................................................... 4

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 M.S. 2/4

PERAKAUNAN PS 1.1 Penjenisan Kod Bagi Hasil Dan Perbelanjaan

Tujuan

1.1 Berdasarkan Arahan Perbendaharaan 41, Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk memberi panduan penggunaan dan penjenisan kod hasil dan perbelanjaan kepada semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan hasil dan perbelanjaan yang diakaunkan adalah betul dan seragam serta menggambarkan kedudukan sebenar di Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.

Latar Belakang

2.1 Pekeliling Perbendaharaan ini mengandungi dua (2) bahagian iaitu:

2.1.1 Panduan Penggunaan Penjenisan Kod Hasil Dan Perbelanjaan; dan

2.1.2 Jadual Penjenisan Kod Bagi Hasil Dan Perbelanjaan.

Panduan Penggunaan Penjenisan Kod Hasil Dan Perbelanjaan

3.1 Kod Hasil dan Perbelanjaan merupakan satu senarai kod lima angka yang menggariskan berbagai jenis Kod Objek supaya ia dapat memberi maklumat yang lebih terperinci. Kod tersebut dibahagikan kepada empat peringkat kod iaitu:

3.1.1 OBJEK AM

  • Suatu kumpulan Objek Sebagai perbelanjaan atau hasil. 3.1.2 OBJEK SEBAGAI
  • Sesuatu jenis perbelanjaan atau hasil yang dijeniskan di bawah suatu Objek Am. 3.1.3 OBJEK KUMPULAN LANJUT
  • Suatu kumpulan Objek-objek Lanjut.

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 M.S. 3/4

3.1.4 OBJEK LANJUT

  • Suatu jenis perbelanjaan atau hasil yang dijeniskan di bawah suatu Objek Kumpulan Lanjut

3.2 Panduan Penggunaan Penjenisan Kod Hasil Dan Perbelanjaan yang lengkap adalah seperti di Lampiran A. Panduan ini juga menerangkan tujuan bagi setiap sesuatu Kod Objek Am dan Kod Objek Sebagai dengan lebih lanjut.

Jadual Penjenisan Kod Hasil Dan Perbelanjaan

4.1 Jadual ini mengandungi senarai kod-kod hasil dan perbelanjaan yang terkini yang telah diwujudkan di bawah kelulusan Perbendaharaan Malaysia. Jadual Penjenisan Kod Hasil Dan Perbelanjaan adalah seperti di Lampiran B.

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 M.S. 4/4

LAMPIRAN

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 1/20

PANDUAN PENGGUNAAN PENJENISAN KOD HASIL DAN PERBELANJAAN

Secara am senarai kod hasil dan perbelanjaan terdiri daripada lima (5) angka yang menggariskan berbagai jenis Kod Objek supaya memberi maklumat yang lebih terperinci. Terdapat empat peringkat kod iaitu Objek Am, Objek Sebagai, Objek Kumpulan Lanjut dan Objek Lanjut.

Untuk tujuan pekeliling ini, kakitangan perkhidmatan awam telah dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut: - (a) Kakitangan Awam (termasuk Kakitangan Awam Ambilan Tempatan Luar Negeri). (b) Pasukan Keselamatan yang terdiri daripada: - • Pasukan Polis yang berpakaian seragam. • Pasukan Tentera yang berpakaian seragam. (c) Anggota Pentadbiran dan Parlimen yang terdiri daripada Jemaah Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Majlis yang ditubuhkan oleh Kerajaan; (d) Pekerja kontrak, sambilan dan separuh masa yang diambil bekerja sama ada di dalam atau di luar negeri yang tidak menyandang jawatan tetap. Dalam konteks pekeliling ini, kakitangan penjara dan bomba adalah ditafsirkan sebagai kakitangan awam.

Untuk tujuan pekeliling ini, jawatan tetap (established post) adalah ditafsirkan sebagai jawatan yang disenaraikan di dalam Senarai Perjawatan Persekutuan. Kakitangan yang tidak menyandang jawatan tetap adalah ditafsirkan sebagai menyandang “non- established post”.

Salah satu daripada tujuan pekeliling ini ialah untuk mengenal pasti dan mengasingkan kos berkenaan dengan kakitangan perkhidmatan awam dan membezakan di antara perbelanjaan untuk jawatan tetap dengan yang lain seperti: 10000 Emolumen dihadkan hanya untuk jawatan-jawatan tetap sahaja. 29300 Bayaran kepada pekerja-pekerja kontrak, sambilan dan separuh masa yang tidak menyandang jawatan-jawatan tetap sahaja. 21000 Perbelanjaan Perjalanan dan Sara Hidup dihadkan untuk perbelanjaan bagi kakitangan perkhidmatan awam sahaja (tidak termasuk pengangkutan orang awam). 22000 Pengangkutan Barang-barang dihadkan untuk perbelanjaan bagi kakitangan perkhidmatan awam dan jabatan-jabatan Kerajaan sahaja (tidak termasuk pengangkutan barang orang awam).

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 2/20

10000 EMOLUMEN Objek Am ini hanya boleh digunakan untuk merekod bayaran kepada kakitangan yang memegang jawatan tetap (established post) sahaja seperti berikut:

11000 Gaji Dan Upahan Objek Sebagai ini hendaklah digunakan untuk merekod elaun yang dibayar sebagai ganti gaji seperti elaun memangku, elaun tanggungan kerja dan seumpamanya.

12000 Elaun/Imbuhan Tetap Tujuan Objek Sebagai ini ialah untuk merekod semua bayaran dalam bentuk elaun/imbuhan tetap yang dibayar secara bulanan mengikut senarai elaun/imbuhan yang diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia dari masa ke semasa.

Elaun-elaun yang tidak termasuk di bawah Objek Sebagai ini ialah: - (a) Elaun yang dibayar secara bulanan sebagai gaji misalnya elaun memangku, elaun tanggung kerja dan sebagainya yang hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai 11000 – Gaji dan Upahan.

(b) Elaun yang tercatit di dalam Perintah Am Bab B (kecuali elaun di para (i) di atas) yang tidak dianggap sebagai elaun/imbuhan tetap termasuk yang berikut: • Elaun perjalanan kerana bertugas hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai 21000. • Elaun kerana bertukar/berpindah rumah hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai 21000 dan 22000 mengikut mana-mana yang berkenaan. • Elaun bertugas di Seberang Laut hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai 21000 dan 15000 mengikut mana-mana yang berkenaan. • Elaun kerana berkursus. (Sila rujuk ke Lampiran A1)

(c) Bayaran lebih masa hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai 14000.

Elaun/Imbuhan Tetap Yang Lain adalah elaun/imbuhan yang dibayar hanya untuk keadaan istimewa atau keadaan tertentu. Senarai elaun/imbuhan ini boleh didapati daripada Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam Dan Khidmat Pengurusan, Perbendaharaan Malaysia.

Bagi Badan Berkanun, elaun/imbuhan tetap yang dibayar kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah boleh direkodkan di bawah Objek Kumpulan Lanjut tambahan iaitu Objek Kumpulan Lanjut 12400 – Elaun/Imbuhan Tetap Kakitangan Lain dan Objek Kumpulan Lanjut 12900 –Tunggakan Elaun/Imbuhan Tetap Kakitangan Lain.

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 3/20

13000 Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan Objek Sebagai ini bertujuan untuk merekodkan semua bayaran yang kena dibuat untuk faedah Kakitangan Awam, Pasukan Keselamatan dan Anggota Pentadbiran dan Parlimen mengikut Undang-undang Pekerja seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Insurans dan sumbangan-sumbangan lain.

Objek Sebagai ini termasuk bayaran pencen dan ganjaran untuk kakitangan yang meninggalkan perkhidmatan awam hendaklah dijeniskan di bawah Objek Sebagai 46000 – Pencen dan Objek Sebagai 47000 – Ganjaran.

14000 Bayaran Lebih Masa Objek Sebagai ini hendaklah digunakan untuk merekod bayaran berkenaan dengan kerja yang dilakukan di luar waktu pejabat.

15000 Faedah-faedah Kewangan Yang Lain Objek Sebagai ini merekodkan bayaran selain daripada gaji atau upahan, elaun tetap, sumbangan berkanun dan elaun lebih masa untuk faedah kakitangan, misalnya bayaran balik dan bantuan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan.

Faedah-faedah kewangan lain yang termasuk dalam kategori ini adalah seperti berikut: • bayaran balik bil-bil utiliti dan perhubungan (seperti air, elektrik dan telefon), • pasport, • lesen memandu, • yuran badan professional, • elaun perkakas, • elaun pakaian, • elaun dobi, • bayaran bonus, • bayaran yuran persekolahan anak-anak pegawai; dan • bayaran balik yang lain berkenaan dengan kursus yang lain (Sila rujuk ke Lampiran A1).

PERINGATAN - Bayaran seumpama untuk gaji dan upahan, elaun-elaun tetap, sumbangan berkanun, elaun lebih masa dan faedah-faedah kewangan yang lain untuk Pekerja Kontrak, Sambilan dan Separuh Masa yang tidak menyandang jawatan tetap hendaklah direkodkan di bawah Objek Kumpulan Lanjut 29300.

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 4/20

20000 PERKHIDMATAN DAN BEKALAN

Objek Am ini bertujuan merekodkan semua perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan yang dibeli termasuk bayaran-bayaran kepada penyandang ‘non- establised posts’.

21000 Perbelanjaan Perjalanan Dan Sara Hidup Objek Sebagai ini adalah untuk merekodkan tuntutan perbelanjaan untuk perjalanan dan sara hidup yang dibuat oleh semua kakitangan dalam Perkhidmatan Awam sama ada untuk menjalankan tugas -tugas rasmi ataupun mengikuti latihan (termasuk tuntutan oleh pekerja-pekerja kontrak, sambilan dan separuh masa yang hendaklah direkodkan di bawah kategori untuk tuntutan Kakitangan Awam).

Tafsiran perbelanjaan perjalanan dan sara hidup di luar negeri adalah termasuk semua perbelanjaan berkaitan dengan perjalanan ke luar negeri dan di dalam luar negeri. Misalnya tuntutan untuk perbelanjaan perjalanan termasuk sara hidup oleh seorang pegawai dari Malaysia ke Jepun dan tuntutan seumpama oleh seorang pegawai yang ditempatkan di Osaka, Jepun untuk perjalanannya dari Osaka ke Tokyo, kedua-duanya hendaklah direkodkan sebagai perjalanan di luar negeri.

Untuk perbelanjaan perjalanan dan sara hidup untuk tujuan kursus/latihan, sila rujuk ke Lampiran A1.

Perbelanjaan kos perjalanan untuk para jemputan hendaklah direkodkan di bawah Objek Lanjut 29401 dan 29402 mengikut mana yang berkenaan.

22000 Pengangkutan Barang-barang Tujuan Objek Sebagai ini adalah untuk merekod kos perbelanjaan pengangkutan barang-barang yang dimiliki oleh jabatan- jabatan kerajaan dan pengangkutan barang-barang semasa berkursus, ber tukar/berpindah rumah untuk semua kakitangan perkhidmatan awam (termasuk pekerja- pekerja kontrak, sambilan dan separuh masa yang tidak menyandang jawatan- jawatan tetap yang hendaklah direkodkan bayarannya di bawah kategori kakitangan awam).

Objek Sebagai ini tidak termasuk pengangkutan barang untuk orang jemputan yang hendaklah direkodkan di bawah Objek Lanjut 29403 sebagai hospitaliti. Sila rujuk ke Lampiran A1 untuk pengangkutan barang-barang bagi tujuan kursus/latihan.

Tafsiran perbelanjaan pengangkutan barang-barang di luar negeri adalah sama Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 5/20

tafsirannya dengan Objek Sebagai 21000 – Perbelanjaan Perjalanan dan Sara Hidup, yang termasuk pengangkutan barang di dalam luar negeri dan ke luar negeri. Misalnya perbelanjaan pengangkutan barang-barang untuk seorang pegawai yang bertukar dari Malaysia ke pejabat kerajaan di London atau perbelanjaan pengangkutan barang-barang pegawai yang ditempatkan di London, untuk mengangkat barang-barangnya dari London ke Tokyo, Jepun hendaklah direkodkan sebagai pengangkutan di luar negeri.

Elaun pemberian pindahan juga adalah termasuk di bawah Objek Sebagai ini.

23000 Perhubungan Dan Utiliti Bayaran-bayaran yang boleh direkodkan di bawah Objek Sebagai ini adalah seperti berikut:

23100 Perhubungan • Semua bayaran berkenaan dengan pos (tidak termasuk pos bungkusan yang dikenakan di bawah Objek Sebagai 22000), telefon, teleks, telegraf, kabel dan sebagainya bagi tujuan perhubungan. Juga termasuk ialah sewaan dan kos pemasangan alat-alat perhubungan dan juga caj kabel bagi bayaran-bayaran berkaitan dengan pinjaman luar negeri.

23200 Utiliti • Semua bayaran-bayaran bagi air, elektrik dan gas. Pembelian gas diberi kod yang berasingan yang harus digunakan untuk gas kegunaan memasak atau memanas. Semua bayaran-bayaran balik bil-bil perhubungan dan utiliti bagi kakitangan yang layak hendaklah dijeniskan di bawah Objek Sebagai 15000.

24000 Sewaan Objek Sebagai ini merekodkan semua bayaran berkenaan dengan sewaan atau pajakan tanah, bangunan, kemudahan dan alat kelengkapan tetapi tidak termasuk sewaan atau pajakan alat perhubungan yang hendaklah direkodkan di bawah Objek Kumpulan Lanjut 23100 -Perhubungan.

Termasuk di bawah sewaan kenderaan ialah sewaan kenderaan untuk pengangkutan orang dan barang-barang di mana bayaran sekaligus dibuat kepada penyewa tanpa apa-apa kos tambahan berhubung dengan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan seperti insurans, bayaran kos buruh dan sebagainya.

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 1.1 Lampiran A M.S. 6/20

Sewaan kenderaan tidak termasuk pengangkutan orang dan barang yang dituntut di bawah Objek Sebagai 21000 dan 22000 dan juga sewaan kenderaan untuk pengangkutan orang jemputan dan barang-barangnya yang hendaklah direkodkan di bawah Objek Lanjut 29400.

25000 Bahan-bahan Makanan dan Minuman Tujuan Objek Sebagai ini adalah untuk mengetahui perbelanjaan yang dibuat atas pembelian tahunan bahan-bahan makanan dan minuman.

Objek Lanjut 25403 makanan bermasak hendaklah digunakan untuk merekod perbelanjaan bekalan makanan bermasak untuk kegunaan pejabat sahaja contohnya bekalan makanan bermasak yang dibayar oleh Kementerian Kesihatan untuk pesakit-pesakit di hospital. Kod ini tidak termasuk bekalan makanan untuk tujuan keraian pejabat ataupun para jemputan yang hendaklah direkodkan di bawah Objek Kumpulan Lanjut 29400 – Keraian, Hospitaliti dan Honorarium.

Apabila makanan dan minuman disediakan oleh pihak luar sebagai satu perkhidmatan misalnya ‘catering’ maka semua kos yang terlibat hendaklah direkodkan di bawah Objek Lanjut 29126 – Perkhidmatan Persediaan Makanan.

26000 Bekalan Bahan Mentah Dan Bahan-bahan Untuk Penyelenggaraan dan Pembaikan Objek Sebagai ini bertujuan merekodkan perbelanjaan untuk dua jenis bekalan iaitu:

• Bekalan Bahan Mentah termasuk getah, kayu, logam, galian bukan logam, bahan kimia dan sebagainya, dan

• Bekalan Bahan-bahan Penyelenggaraan dan Pembaikan termasuk alat-alat ganti, petroleum, baja, racun serangga dan racun tumbuhan, alat kecil pertanian, makanan ternakan dan sebagainya untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan yang dibuat oleh jabatan sendiri.

• Objek Sebagai ini tidak termasuk apa jua perbelanjaan penyelenggaraan dan pembaikan yang dibuat oleh pihak luar di mana semua kos yang terlibat hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai 28000 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Yang Dibeli.

Page 1 of 11