Hutan Simpan Kekal
DRAF 29/4/2011
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2010 2010
Hutan Simpan Kekal
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Cetakan Pertama 2010
Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Hakcipta terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
978-983-2773-98-6
Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Pemberitahuan
GP ini mengandungi 10 GP yang perlu dibaca secara bersama iaitu-
Kawasan Pesisiran Pantai; Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai; Tadahan Air dan Sumber Air Tanah; Simpanan Mineral dan Bencana Geologi; Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Sisa Toksid; Pertanian Makanan; Warisan Semulajadi dan Antikuiti; Rizab Hidupan Liar; Hutan Simpan Kekal; dan Bukit dan Tanah Tinggi.
GP ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri, serta GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan.
GP ini juga disediakan untuk menyokong GP sedia ada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain.
29 April 2011
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
ISI KANDUNGAN
SKOP
1
1.1 Definisi Hutan Simpan Kekal
1
1.2 Hutan Simpan Kekal dalam
Konteks KSAS
3
1.3 Kategori Hutan Simpan Kekal
3
PRINSIP-PRINSIP UMUM PEMELIHARAAN
DAN PEMBANGUNAN HUTAN SIMPAN KEKAL 4
2.1 Peruntukan Kawasan Hutan
Simpan Kekal Yang Mencukupi
4
2.2 Pengurusan Hutan Simpan Kekal Dengan Berkesan
4
2.3
Pelaksanaan Program Pembangunan
Hutan Yang Berperancangan
4
2.4 Memaksimumkan Penghasilan Hutan
4
2.5
Menyokong Penyelidikan Dalam
Perhutanan
4
2.6
Pelindungan Kepelbagaian
Biologi Hutan
5 2.7 Mematuhi Dasar Dan Aspek
5 Perundangan
5
DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA
6 3.1 Dasar Sedia Ada
6 3.2 Akta / Perundangan Berkaitan
6
GARIS PANDUAN UMUM
7 4.1 Kawasan Hutan Simpan Kekal
7 4.2 Zon Penampan
7
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMULIHARAAN 8 5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan
8
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
SENARAI JADUAL
Jadual 1 :
Kepentingan Hutan Simpan Kekal
Sebagai KSAS
3
SENARAI RAJAH
Rajah 1 :
Jenis-jenis hutan Mengikut Ketinggian
2
SENARAI FOTO
Foto 1:
Hutan Simpan merupakan kawasan yang
berkepentingan dan bernilai tinggi dari
segi kepelbagaian biologi
1
Foto 2:
Pemandangan yang cantik dan hijau dari
kawasan hutan menjadi sumber inspirasi
kepada manusia
3
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
SKOP
1.1
Definisi Hutan Simpan Kekal
Di bawah Dasar Perhutanan Negara 1978
(Pindaan 1992), Hutan Simpan Kekal
perlu diurus dan dikelaskan di bawah
empat fungsi utama seperti berikut:
Perkara
Definisi
Hutan
Perlindungan
Berfungsi sebagai kawasan
sumber air, mengurangkan
kerosakan disebabkan banjir,
hakisan sungai dan tanah-
tanah pertanian.
Hutan
Berhasil/
Pengeluaran
Berfungsi sebagai bekalan
yang berpanjangan bagi
semua bentuk keluaran hutan
yang dihasilkan secara
ekonomik bagi memenuhi
kehendak domestik dan
pengeksportan.
Hutan Lipur
Berfungsi sebagai kawasan
rekreasi eko pelancongan dan
menggalakkan pengetahuan
awam mengenai kepentingan
kawasan hutan.
Hutan
Penyelidikan
dan
Pendidikan
Berfungsi sebagai kawasan
kajian penyelidikan,
pendidikan serta
pemeliharaan kepelbagaian
hayat.
Meliputi jenis hutan mengikut ketinggian
iaitu-
a)
Hutan Ericaceous - Gunung
(> 1500 meter);
b)
Hutan Montane - Oak
(1200-1500 meter);
c)
Hutan Dipterocarp Atas
(750-1200 meter);
d)
Hutan Dipterocarp Bukit
(300-750 meter);
e)
Hutan Dipterocarp Pamah
(<300 meter);
f)
Hutan Paya Gambut
(<300 meter); dan
g)
Hutan Paya Laut (<300 meter).
1 Foto 1: Hutan simpan merupakan kawasan yang berkepentingan dan bernilai tinggi dari segi kepelbagaian biologi.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Nota: Bagi kawasan luar Kawasan Pengurusan Khas (SMA) yang berketinggian melebihi 300 m, sebarang aktiviti pembangunan dan pertanian tidak dibenarkan di kawasan ini. Pengusahasilan hutan secara mampan dan aktiviti ekopelancongan berimpak rendah boleh dipertimbangkan mengikut tahap kesensitifan yang ditentukan di peringkat tempatan.
2
300m
750 m
12 00m
15 00m
Ketinggian
Hutan
Ericaceous
Gunung
Hutan
Montane Oak
Hutan
Dipterokarp
Bukit
Hutan
D i pterokarp
Pamah
Hutan
Paya Gambut
Hutan Paya
Laut
Rajah 1 : Jenis-jenis Hutan Mengikut Ketinggian
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
1.2 Hutan Simpan Kekal dalam Konteks KSAS
Keluasan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia ialah 45% (5.92 juta hektar) daripada jumlah keluasan tanah di Semenanjung Malaysia iaitu 13.25 juta hektar. Dari 5.92 juta hektar tersebut, seluas 4.84 juta hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Hutan Simpan Kekal merupakan kawasan yang berkepentingan dan bernilai tinggi dari segi kepelbagaian biologi. Kawasan ini merupakan habitat fauna dan flora yang khas.
1.3 Kategori Hutan Simpan Kekal
Fungsi utama hutan simpan kekal boleh dikategorikan sebagai KSAS bernilai warisan, bernilai sokongan hidup, dan bernilai bencana seperti mana yang dinyatakan di dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Kepentingan Hutan Simpan Kekal Sebagai KSAS
KSAS
Bernilai
Warisan
KSAS
Bernilai
Sokongan
Hidup
KSAS
Bernilai
Bencana
Fungsi Utama
Fungsi Utama
Fungsi
Utama
Berfungsi
mengekalkan
kepelbagaian
biologi
sesuatu
kawasan.
Berfungsi
mengawal air
larian yang
berlebihan
dan
berkeupayaan
untuk
menakung
air.
Berfungsi
sebagai
tempat
pelimpahan
karbon dan
juga
membantu di
dalam
penciptaan
karbon.
Foto 2: Pemandangan yang cantik dan hijau dari kawasan hutan menjadi sumber inspirasi kepada manusia. 3
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
PRINSIP-PRINSIP UMUM
PEMELIHARAAN DAN
PEMBANGUNAN HUTAN
SIMPAN KEKAL
Pemeliharaan dan pembangunan hutan hendaklah berdasarkan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992). Mengisytiharkan sebagai hutan simpanan kekal kawasan-kawasan yang mencukupi dan strategik di seluruh negara, berasaskan kepada konsep penggunaan tanah yang rasional.
2.1 Peruntukan Kawasan Hutan Simpan yang Cukup Memperuntukkan kawasan hutan simpan kekal yang mencukupi di kawasan yang strategik di seluruh negara bersesuaian dengan konsep penggunaan tanah yang rasional.
2.2 Pengurusan Hutan Simpan Kekal dengan Berkesan Menguruskan hutan simpan kekal dengan memaksimumkan faedah-faedah sosial dan alam sekitar bersesuaian dengan prinsip-prinsip pengurusan berkekalan.
2.3 Pelaksanaan Program Pembangunan Hutan Yang Berperancangan
Melaksanakan program pembangunan hutan yang terancang melalui operasi pemeliharaan dan pemulihan hutan berasaskan amalan-amalan silvikultur yang sesuai.
2.4 Memaksimumkan Penghasilan Hutan Menggalakkan penghasilan serta penggunaan yang cekap dari kawasan hutan berhasil untuk faedah ekonomi yang maksimum bagi semua jenis keluaran hutan. Menggalakkan pembangunan perindustrian hutan sesuai dengan aliran sumber dan peluang pekerjaan. Mewujudkan ladang hutan dari spesies-spesies tempatan dan luar negeri bagi menampung bekalan kayu dari hasil hutan asli.
2.5 Menyokong Penyelidikan dalam Perhutanan Mengendali dan menyokong program-program penyelidikan yang intensif dalam bidang perhutanan dan keluaran hutan bertujuan untuk meningkatkan faedah-faedah hutan secara maksimum.
4
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Menggalakkan pendidikan dalam
perhutanan
dan
pengendalian
perkhidmatan
publisiti
dan
pengembangan
bagi
meningkatkan
kefahaman
masyarakat terhadap pelbagai
faedah hutan.
2.6
Pelindungan
Kepelbagaian
Biologi Hutan
Memberi perlindungan kepada kepelbagaian biologi dan pengekalan kawasan yang mempunyai spesies flora dan fauna yang unik.
2.7 Mematuhi Dasar dan Aspek Perundangan
Mematuhi
Dasar
Perhutanan
Negara
1978 (Pindaan 1992).
DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3.1 Dasar Sedia Ada
Dasar
Aspek Ditekankan
Dasar
Perhutanan
Negara 1978
(Pindaan
1992)
Hutan simpanan kekal perlu
diurus
dan
dikelaskan
di
bawah empat fungsi utama
seperti berikut:
Hutan Perlindungan
Berfungsi sebagai kawasan
sumber air, mengurangkan
kerosakan disebabkan banjir,
hakisan sungai dan tanah-
tanah pertanian.
Hutan
Berhasil
/
Pengeluaran
Berfungsi
sebagai
bekalan
yang
berpanjangan
bagi
semua bentuk keluaran hutan
yang dihasilkan secara
ekonomik
bagi
memenuhi
kehendak
domestik
dan
pengeksportan.
Hutan Lipur
Berfungsi sebagai kawasan
rekreasi ekopelancongan dan
mengalakkan
pengetahuan
awam mengenai kepentingan
kawasan hutan.
Hutan Penyelidikan dan
Pendidikan
Berfungsi sebagai kawasan
kajian
penyelidikan,
pendidikan
serta
pemeliharaan
kepelbagaian
hayat.
5
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
3.2 Akta / Perundangan Berkaitan
Akta / Undang-
Undang
Agensi
Perlembagaan
Persekutuan
Pihak Berkuasa
Negeri (PBN)
Akta Perhutanan
Negara 1984
(Pindaan 1993)
Jabatan
Perhutanan
Kanun Tanah Negara
1965
KPTG
Pejabat Tanah
dan Galian
Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974
(Pindaan) 1985
Jabatan Alam
Sekitar
Akta Orang Asli 1954
Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli
Jabatan Tanah
dan Galian
Akta Perlindungan
Hidupan Liar 1972
PERHILITAN
Akta Taman Negara
1980
Jabatan
Perhutanan
PERHILITAN
Enakmen Bekalan Air
1920
Pihak Berkuasa
Negeri (PBN)
Enakmen
Perlombongan 1929
Jabatan Mineral
dan Geosains
(JMG)
Akta Kerajaan
Tempatan 1976
PBPT
Akta Jalan,
Perparitan dan
Bangunan 1974
PBPT
Akta Pemuliharaan
Tanah 1960
KPTG
PTG
GARIS PANDUAN UMUM
GP umum hutan simpan kekal adalah seperti berikut:
4.1 Kawasan Hutan Simpan Kekal
Hutan Simpan Kekal yang mencukupi perlu ditentukan dan hakmiliknya terjamin. Kawasan yang dikenalpasti tersebut mestilah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dan tidak boleh dikeluarkan kecuali di dalam sesuatu keadaan yang tersangat istimewa. Semua kawasan yang telah dikeluarkan hendaklah digantikan sepertimana yang tercatat dalam Akta Perhutanan Negara, 1984.
Langkah-langkah perlu diambil untuk menambah kawasan Hutan Simpan Kekal dengan mengambilkira kawasan lain seperti tanah terbiar, tanah kerajaan, tanah bercerun dan tanah-tanah lain yang tidak subur.
Semua kawasan hutan perlu diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan Kekal.
Zon-zon khas ditentukan untuk mengurangkan percanggahan penggunaan tanah.
6
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS HUTAN SIMPAN KEKAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Hutan Simpan Kekal dikelaskan mengikut kecerunan yang merangkumi salah satu atau lebih daripada kelas-kelas fungsinya.
Semua ekosistem hutan di persisiran pantai perlu dipelihara selaras dengan Prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.
Sebarang pembalakan tidak dibenarkan di kawasan tanah tinggi yang melebihi ketinggian 1000 meter dari atas paras laut atau mempunyai kecerunan melebihi 35 darjah.
Kawasan hidupan liar yang mempunyai jaringan koridor yang berkesinambungan perlu dikekalkan.
4.2 Zon Penampan
Zon penampan selebar 50 meter hendaklah disediakan di sekeliling kawasan Hutan Simpan Kekal.
Pembangunan bangunan kekal serta penanaman tanaman pemakanan dan penternakan haiwan tidak dibenarkan.
7
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMULIHARAAN
5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan
KSAS/
Kategori
Tahap
Kesensitifan
Aktiviti
Dibenarkan
(Rujuk Kod
Guna tanah)
Aktiviti Dibenarkan
Dengan Syarat
Aktiviti Tidak
Dibenarkan
Catatan
Aktiviti
Syarat
Hutan
Ericaceous -
Gunung
(>1500
meter)
1 Pemuliharaan kawasan hutan Ekopelancongan Tadahan air Rizab hidupan liar Penyelidikan Tiada Tiada sebarang aktiviti dibenarkan kecuali aktiviti yang dibenarkan dengan syarat. Tiada penukaran penggunaan tanah selain perhutanan. Kerja-kerja awam untuk infrastruktur aktiviti ekopelancongan hendaklah terhad kepada spesifikasi yang ditetapkan dalam panduan “Forest Recreation Facilities – A Guide” dan juga “Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia” oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Rujuk GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi, KPKT (2009). Hutan Montane
Oak
(1200-1500
meter)
1 & 2 Pemuliharaan kawasan hutan Ekopelancongan Tadahan air Rizab Hidupan Liar Penyelidikan & Pendidikan Penempatan orang asli (di mana berkenaan) Tiada Tiada sebarang aktiviti dibenarkan kecuali aktiviti yang dibenarkan dengan syarat. Tiada penukaran penggunaan tanah selain perhutanan Kerja-kerja awam untuk infrastruktur aktiviti eko- pelancongan hendaklah terhad kepada spesifikasi yang ditetapkan dalam panduan “Forest Recreation Facilities – A Guide” dan juga “Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia” oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Rujuk GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi, KPKT (2009).
8
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
KSAS/
Kategori
Tahap
Kesensitifan
Aktiviti
Dibenarkan
(Rujuk Kod
Guna tanah)
Aktiviti Dibenarkan
Dengan Syarat
Aktiviti Tidak
Dibenarkan
Catatan
Aktiviti
Syarat
Hutan
Dipterocarp
Bukit
(300-750
meter)
3 Pemuliharaan kawasan hutan dan sekitarnya Ekopelancongan Hidupan Liar Penyelidikan & Pendidikan Pengusahasilan Penempatan orang asli Perlindungan Perikanan Pencerapan flora dan fauna Tiada
-
Pembuangan
sampah -
Pelepasan kumbahan
-
Industri
-
Perumahan
-
Pemusnahan hutan bakau Tiada penukaran penggunaan tanah selain perhutanan. Menyediakan zon penampan (buffer strips) 50 meter ke arah laut dan di sepanjang badan air (lebar di antara 5 meter-50 meter bergantung kepada lebar laluan air) Tiada pembalakan dibenarkan di kawasan berkecerunan melebihi 35 darjah atau zon penampan. Jalan hutan hanya boleh dibina dengan sekurang-kurangnya 20 meter jarak dari kawasan aliran air tetap dan berpandukan “Spesifikasi Jalan-jalan Hutan untuk Semenanjung Malaysia” oleh Jabatan Perhutanan. Pembinaan jalan tidak melebihi 4 meter lebar dengan kepadatan tidak melebihi 40 meter/ha. (minimum road density). Tidak dibenarkan membina jalan di cerun yang melebihi 25 peratus. Sekiranya tidak dapat dielakkan, kerja-kerja pengawalan hakisan perlu dijalankan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan. Mengekalkan tumbuhan semula jadi di kawasan penampan sepanjang sungai (kelebaran 50 meter dan juga di kawasan yang tidak sesuai untuk kegunaan yang ditentukan. Pengekalan garis hutan di sempadan kawasan lapangan hutan (retention of forest margin at forest field boundary).
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
9